26 April 2012

Update Program Daerah Marang, APRIL / MEI 2012

1. Program - PEKAN BUDAYA MARANG
    Tarikh    - 26 April 2012 hingga 3 Mei 2012
    Tempat  -  Pantai Peranginan Kelulut, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Negeri Terengganu
    Sorotan - PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN, DEMONTRASI KUKURAN KELAPA  & GILING  
                    LADA TRADISIONAL BERAMAI-RAMAI, PAMERAN, JUALAN, EKSPO

2. Program  -  KAPAS MARANG INTERNATIONAL SWIMATHON 2012
    Tarikh     - 29 April 2012 (bermula 8.30 pagi)
    Tempat   -  Pantai Peranginan Kelulut, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Negeri Terengganu
    Sorotan  - PERTANDINGAN RENANG DARI PULAU KAPAS - PANTAI KELULUT      
                    MENGIKUT KATEGORI YANG DISERTAI DARI PESERTA DARI SELURUH
                     DUNIA!!

3. Program  -  AGIHAN E-BOOK (DUN PENGKALAN BERANGAN) 2012
    Tarikh    - 29 April 2012 (bermula 8.30 pagi)
    Tempat  -  Sek Keb Jerong, Mukim Wakaf Tapai, Daerah Marang, Negeri Terengganu
    Sorotan - AGIHAN OLEH EXCO KERAJAAN TERENGGANU, YB DATO' YAHYA


4. Program  -  KARNIVAL BELIA GEMILANG MARANG 2012
    Tarikh    - 29 April 2012 - 31 April 2012
    Tempat  -  Dataran Bukit Payong, Mukim Bukit Payong (Pekan), Daerah Marang, Negeri Terengganu
    Sorotan -  PAMERAN PENDIDIKAN, KARNIVAL KERJAYA & PEKERJAAN


- Anda semua di jemput hadir !!!!

12 April 2012

tilawah alquran 2012 daerah marang

 sekitar majlis tilawah alquran peringkat daerah marang yang berlangsung dengan meriahnya di dewan baru MDM,majlis telah dirasmikan oleh Dato' Yahya B Khatib Mohd Ahli Mesy Kerajaan Negeri, Merangkap ADUN Pengkalan Berangan, seramai lapan peserta yang telah mengambil bahagian dalam majlis kali ini dan pada majlis tersebut  Tn Hj Mohd Hafah b Hj Ali (Kg Bukit Che Nik) telah menjadi johan Qari, serta Puan Hajah Raziati bt Mohd Ali ( Kg Tasek) telah menjadi Johan Qariah, Tahniah kepada pemenang dan peserta semoga usaha memartabatkan penghayatan alquran dan amalannya terus subur berkembang dijiwa kita semua



10 April 2012

lawatan jkkk surau hj yaakob ke langkawi

 lawatan jkk surau hj yaakob, mukim bukit payong pekan ke langkawi pada 16.2.12...tahniah kepada pengerusi n ahli jkkk yg telah berjaya melakukan lawatan bermaklumat ke langkawai baru2 ini..semoga semua pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasikan di kg kita pula untuk menjadi antara kampung terhebar di daerah kita



rehat kejap










lawatan tuanku sultan ke marang

 persiapan terakhir di dewn majlis daerah marang kg Paya untuk majlis jamuan teh bersama bersama rakyat..

kebok...salah satu peralatan membuat laksa traditional yang digunakan oleh masyarakat melayu pantai timur...jika lihat pada body kebok ni...tahun dibuat 1958...54 tahun..cara tradisi yg mungkin telah xdapat dikenali oleh generasi baru kini

 tuanku sedang mendengar taklimat tentang laksa kebok, demontrasi tumbuk emping ,kuih loklik oleh tuan pegawai daerah, sempena majlis jamuan teh lawatan tuanku ke marang...


08 April 2012

sambutan maulud nabi daerah marang 1433h 2012m

sekitar majlis sambutan mauludnabi 1433h yang lalu..semua lapisan penduduk turut serta untuk mengingati hari keputraan junjungan mulia Nabi Muhamad SAW

 Patah sayap, bertongkat paroh...patah kaki, berkerusi roda Pok Cheek (jkk telaga Mengkudu) sanggup bersama sama menyertai sambutan maulidur rasul peringkat daerah kali ini
 pekan bukit payong direntasi ribuan peserta perarakan maulud nabi peringkat daerah 2012,,sepanjang jarak 3.5km bermula dar masjid surau HJ Mat zin ke persimpangan 4 batu 9 dan tamat di Masjid b payong

28 Jun 2011






22-25 jun 2011 telah berlangsung sukan antara pejabat daerah dan tanah negeri terengganu, PDT K terengganu telah menjadi tuan rumah dan venue nya adalah di UMT, terdapat 14 acara yang dipertandingkan termasuklah paintball, bowling, lown ball n yang paling hangt karaoke..untuk SUDATA kali ini PDT marang telah muncul naib johan n johan keseluruhan ialah ktrganu..apepun hadiohnye selain untuk kesihatan badan n riadah, sukan dapt mengeratkan silaturahim antara kite disamping memupuk perpaduan yang erat antara pasukan....jumpe mung di marang pulok tahun depang

18 Jun 2011

PERTUKARAN PENGHULU DAERAH MARANG


Asslamualaikum....pengasas blog HALAMAN RASMI PENGHULU-PENGHULU DAERAH MARANG iaitu Penghulu Mukim Merchang, Penghulu Ahmad Asmadi bin Mohd Nor @ Mat (tOk NguLu MaDie) telah ditukarkan ke Mukim Abang, Dungun, Terengganu bermula 2 Mei 2011. Di kesempatan ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Marang serta sekalian rakyat jelata dalam DAERAH MARANG sekiranya terdapat salah dan silap selama bertugas di sana..segala kenangan akan terpahat di memori. walau bagaimanapun, silaturrahim jangan diputuskan..saya juga bersedia membantu jika khidmat diperlukan..Salam kemaafan juga daripada bekas Penghulu Mukim Rusila iaitu Haji Mohamad bin Che Abd. Rahman (gambar bawah) yang turut sama ditukarkan ke Mukim Nerus, Kuala Terengganu kepada seluruh WARGA MARANG.


PANJANG UMUR, KITA SEMUA JUMPA LAGI!

DAHAN NAN RAPUH, TEMPAT BERPAUT,
HATI KAMA, RESAH NAN SYAHDU
ANDAI ADA KASIH SELAUT
HADIRLAH SINAR DATANG BERTANDU

18 April 2011

BENGKEL PENGUKUHAN INSTITUSI PENGHULU NEGERI TERENGGANU

Antara penghulu-penghulu yang hadir dan sempat dirakamkan lensa kamera sedang khusyuk dan bersungguh-sungguh mengikuti bengkel kali ini. Semangat seperti inilah yang telah ditekankan oleh Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia yang sentiasa tersemat kukuh di sanubari setiap penghulu untuk diteladani.

Bengkel Pengukuhan Institusi Penghulu Negeri Terengganu ini diadakan pada 14 April 2011 hingga 16 April 2011 bertempat di Residence Resort, Paka, Terengganu.

Orang penting yang merencanakan bengkel kali ini En. Adnan bin Abdullah dan Encik Azhar bin Jusoh selaku wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sedang memberikan ucapan. Turut kelihatan, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Marang Hj. Khalid bin Salleh.