26 Januari 2011

WACANA PEMBANGUNAN DAERAH 2010/MESYUARAT AGONG KPPSM TERENGGANU KALI KE 35


Y.A.B. Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad bin Said sedang memberikan ucapan seterusnya merasmikan Wacana Pembangunan Daerah 2010 Ke Arah Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan yangberlansung di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 13 Julai 2010 yang lalu



Penghulu-penghulu Mukim dari semua daerah dalam Negeri Terengganu yang hadir, khusyuk memberikan tumpuan semasa ucapan Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.


Barisan kepimpinan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dari kiri Haji Ismail bin Zainal (Presiden), Haji Zabli bin Abdul Ghani (Mantan Presiden), Haji Embong bin Mat Zin, dan Mohd Adnan bin Mohd Amin Setiausaha Kesatuan.

25 Januari 2011

TERPAHAT MEMORI DI MUKIM MERCHANG

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN
SEKITAR KEBERANGKATAN 
Y.A.M. TENGKU SERI TEMENGGONG RAJA  
TENGKU BAHARUDDIN 
IBNI AL-MARHUM 
SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SYAH
 PADA 4 DISEMBER 2010 (SABTU)
KE BALAI PENGHULU MUKIM MERCHANG
MARANG, TERENGGANU
 

Seorang penduduk tidak melepaskan peluang bersalaman 
dengan Y.A.M Tengku Seri Temenggong Raja 
semasa Majlis berlansung 


Y.A.M. Tengku Seri Temenggong Raja sedang menyampaikan sumbangan zakat kepada penduduk yang diraikan pada majlis yang penuh bersejarah dan buat julung kalinya di adakan di Mukim Merchang



18 Januari 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG


Kampung Alor Limbat menang lagi! Kali ini, Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang anjuran Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) pada 12 Oktober 2010 yang lepas. Hadiah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri DATUK SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK pada satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan ini telah menguatkan lagi semangat semua yang terlibat terutama JKKK Kg. Alor Limbat dalam mendapatkan keputusan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang sementara mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi

KITCHEN GARDEN


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Sawa mengabadikan kenangan selaku Naib Johan Pertandingan Kitchen Garden semasa mengambil hadiah sempena MAHA 2010 di Serdang, Selangor. Sesungguhnya, kejayaan yang diperoleh menjadi pemangkin dan azimat semangat untuk kejayaan yang mendatang  memandangkan JKKK Bukit Sawa merupakan salah satu finalis untuk pertandingan peringkat negeri dalam pertandingan kebersihan...,...............SYABAS!

15 Januari 2011

DOA PILIHAN BULAN INI


Mutiara Doa: Penghulu Istighfar.
"Ya Allah! Engkaulah tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan ku, sementara aku adalah hamba Engkau, dan aku setia dengan perjanjianku kepada engkau semampuku. Aku berlindung kepada Engkau dari apa saja keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui kepada Engkau akan nikmat yang Engkau beri kepadaku dan aku mengaka kepada Engkau akan dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau."

       Beberapa pengajaran doa:
  1. Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, no: 6306. Baginda bersabda: Penghulu (ketua segala) istighfar ialah anda berkata: “…(Sebagaimana doa istighfar di atas).” Baginda melanjutkan: “Sesiapa yang menyebutnya pada waktu pagi dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu petang, maka dia dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang menyebutnya pada waktu petang dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu waktu subuh (keesokan hari) maka dia dari kalangan ahli syurga.”
  2. Doa ini dimulakan dengan pengiktirafan kepada Allah sebagai Tuhan yang Esa yang telah mencipta kita. Seterusnya ia mengingatkan kita terhadap janji kita kepada Allah, bahawa kita ialah hamba-Nya dan hanya beribadah kepada-Nya. Setelah pengiktirafan dan ingatan ini, kita memohon agar dosa kita diampunkan.
  3. Doa ini dibaca sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Boleh juga dibaca selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.
                                                                                                        


SATU DAERAH SATU INDUSTRI


Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu Yang Berhormat Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera pada 23 November 2010 yang lepas ke Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). SDSI merupakan pentas dan medium utama masyarakat tempatan khususnya di setiap daerah memasarkan produk-produk baru hasil keluaran mereka di samping merebut peluang-peluang pasaran baru dengan peniaga-peniaga lain di seluruh negara amnya dan negeri khususnya terutama dalam menjalankan urusniaga dan perjanjian perniagaan yang lebih besar. SDSI begitu sinonim dengan penghulu kerana penghulu-penghulu mukim merupakan orang pertama yang melihat potensi-potensi yang ada di kalangan anak mukim untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

12 Januari 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI 2010

Meriah dan penuh dengan warna warni, sambutan aidilfitri tahun 2010/1431 yang lalu anjuran Pejabat Daerah Marang penuh bermakna. Selain menceriakan suasana, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim penuh keikhlasan. Gambar berdiri dari kiri, Penghulu Mukim Merchang En. Ahmad Asmadi bin Mohd Nor @ Mat, Penghulu Mukim Alor Limbat En. Mohd Nazir bin Mat Said, dan Penghulu Mukim Rusila Haji Mohamad bin Ab. Rahman dalam bilik utama Penghulu Mukim.

04 Januari 2011

SEKADAR RENUNGAN...


Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Kini tahun 2011 pula menjelma. Tercapaikah sudah azam yang lalu?Atau masih lagi dimasukkan dalam senarai menunggu 2011? Apapun, moga kejayaan milik kita jua nanti...
Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk bekerja dengan penuh ikhlas sebagai satu ibadah..kerana hanya itulah amal bekalan di hari perhitungan nanti.. Rezeki yang halal lagi baik akan menerbitkan benih yang baik dan secara langsung dapat menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti. Semoga kita menjadi lebih baik pada masa yang akan datang