18 April 2011

BENGKEL PENGUKUHAN INSTITUSI PENGHULU NEGERI TERENGGANU

Antara penghulu-penghulu yang hadir dan sempat dirakamkan lensa kamera sedang khusyuk dan bersungguh-sungguh mengikuti bengkel kali ini. Semangat seperti inilah yang telah ditekankan oleh Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia yang sentiasa tersemat kukuh di sanubari setiap penghulu untuk diteladani.

Bengkel Pengukuhan Institusi Penghulu Negeri Terengganu ini diadakan pada 14 April 2011 hingga 16 April 2011 bertempat di Residence Resort, Paka, Terengganu.

Orang penting yang merencanakan bengkel kali ini En. Adnan bin Abdullah dan Encik Azhar bin Jusoh selaku wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sedang memberikan ucapan. Turut kelihatan, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Marang Hj. Khalid bin Salleh.

PROGRAM LATIHAN KESEDARAN KESELAMATAN BENCANA

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat tentang peri pentingnya kesedaran mengenai keselamatan dan bencana, satu program anjuran bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang bersama Pejabat Daerah Marang telah diadakan pada 8 April 2011 yang lalu bertempat di Sek. Keb. Kubu, Marang bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Pogram yang diserikan lagi dengan cabutan bertuah itu merupakan satu langkah dan usaha bagi memperkenalkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang kepada masyarakat setempat selain mengadakan promosi untuk pemilihan ahli baru. Turut hadir pada program ini adalah Siti Roslina binti Ngah selaku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah Marang dan  Pegawai Daerah Marang serta Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Turut kelihatan Pegawai JPAM Negeri dan Daerah serta anggota-anggota JPAM yang bersemangat waja.

06 April 2011

PERSIJILAN MS ISO 9001:2008 PEJABAT DAERAH MARANG



Pejabat Daerah Marang sedang berusaha keras untuk mendapatkan MS ISO 9001:2008 untuk meningkatkan lagi tahap kualiti bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sehubungan itu, pada 4 April yang lalu, panel penilai dari SIRIM telah hadir untuk audit kali pertama bagi memastikan tahap kualiti yang dikehendaki dapat dicapai untuk membolehkan Pejabat Daerah Marang memiliki sijil MS ISO 9001:2008. 

03 April 2011

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 1432H/2011



Pakat ramai-ramai memeriahkan MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 1432H/2011 yang akan berlangsung pada 20 April 2011 bertempat di Masjid Bukit Payong (Pekan). Selepas solat maghrib dan isyak, kita dengar pula alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga memberatkan amalan kita apabila menghadiri majlis ilmu dan meningkatkan syiar agama ini. Insya-Allah.