1. Program - PEKAN BUDAYA MARANG
Tarikh - 26 April 2012 hingga 3 Mei 2012
Tempat - Pantai Peranginan Kelulut, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Negeri Terengganu
Sorotan - PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN, DEMONTRASI KUKURAN KELAPA & GILING
LADA TRADISIONAL BERAMAI-RAMAI, PAMERAN, JUALAN, EKSPO
2. Program - KAPAS MARANG INTERNATIONAL SWIMATHON 2012
Tarikh - 29 April 2012 (bermula 8.30 pagi)
Tempat - Pantai Peranginan Kelulut, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Negeri Terengganu
Sorotan - PERTANDINGAN RENANG DARI PULAU KAPAS - PANTAI KELULUT
MENGIKUT KATEGORI YANG DISERTAI DARI PESERTA DARI SELURUH
DUNIA!!
3. Program - AGIHAN E-BOOK (DUN PENGKALAN BERANGAN) 2012
Tarikh - 29 April 2012 (bermula 8.30 pagi)
Tempat - Sek Keb Jerong, Mukim Wakaf Tapai, Daerah Marang, Negeri Terengganu
Sorotan - AGIHAN OLEH EXCO KERAJAAN TERENGGANU, YB DATO' YAHYA
4. Program - KARNIVAL BELIA GEMILANG MARANG 2012
Tarikh - 29 April 2012 - 31 April 2012
Tempat - Dataran Bukit Payong, Mukim Bukit Payong (Pekan), Daerah Marang, Negeri Terengganu
Sorotan - PAMERAN PENDIDIKAN, KARNIVAL KERJAYA & PEKERJAAN
- Anda semua di jemput hadir !!!!
Halaman Rasmi Penghulu Daerah Marang ini dihasilkan bagi membolehkan masyarakat dalam daerah ini mengenali penghulu mukim secara langsung sebagai memenuhi slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.
26 April 2012
12 April 2012
tilawah alquran 2012 daerah marang
sekitar majlis tilawah alquran peringkat daerah marang yang berlangsung dengan meriahnya di dewan baru MDM,majlis telah dirasmikan oleh Dato' Yahya B Khatib Mohd Ahli Mesy Kerajaan Negeri, Merangkap ADUN Pengkalan Berangan, seramai lapan peserta yang telah mengambil bahagian dalam majlis kali ini dan pada majlis tersebut Tn Hj Mohd Hafah b Hj Ali (Kg Bukit Che Nik) telah menjadi johan Qari, serta Puan Hajah Raziati bt Mohd Ali ( Kg Tasek) telah menjadi Johan Qariah, Tahniah kepada pemenang dan peserta semoga usaha memartabatkan penghayatan alquran dan amalannya terus subur berkembang dijiwa kita semua
10 April 2012
lawatan jkkk surau hj yaakob ke langkawi
lawatan jkk surau hj yaakob, mukim bukit payong pekan ke langkawi pada 16.2.12...tahniah kepada pengerusi n ahli jkkk yg telah berjaya melakukan lawatan bermaklumat ke langkawai baru2 ini..semoga semua pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasikan di kg kita pula untuk menjadi antara kampung terhebar di daerah kita
lawatan tuanku sultan ke marang
persiapan terakhir di dewn majlis daerah marang kg Paya untuk majlis jamuan teh bersama bersama rakyat..
kebok...salah satu peralatan membuat laksa traditional yang digunakan oleh masyarakat melayu pantai timur...jika lihat pada body kebok ni...tahun dibuat 1958...54 tahun..cara tradisi yg mungkin telah xdapat dikenali oleh generasi baru kini
tuanku sedang mendengar taklimat tentang laksa kebok, demontrasi tumbuk emping ,kuih loklik oleh tuan pegawai daerah, sempena majlis jamuan teh lawatan tuanku ke marang...
08 April 2012
sambutan maulud nabi daerah marang 1433h 2012m
sekitar majlis sambutan mauludnabi 1433h yang lalu..semua lapisan penduduk turut serta untuk mengingati hari keputraan junjungan mulia Nabi Muhamad SAW
Patah sayap, bertongkat paroh...patah kaki, berkerusi roda Pok Cheek (jkk telaga Mengkudu) sanggup bersama sama menyertai sambutan maulidur rasul peringkat daerah kali ini
pekan bukit payong direntasi ribuan peserta perarakan maulud nabi peringkat daerah 2012,,sepanjang jarak 3.5km bermula dar masjid surau HJ Mat zin ke persimpangan 4 batu 9 dan tamat di Masjid b payong
Langgan:
Catatan (Atom)