PENGHULU PRIHATIN
Assalamualaikum. Kepada semua pelawat Halaman Rasmi Penghulu-Penghulu Daerah Marang, cuba kita lihat betapa sukarnya rakyat kita menghadapi krisis, dan juga dilema kerana terperangkap di Mesir yang kian parah situasinya dari semasa ke semasa. Dengan kesukaran untuk berhubung apabila kebanyakan talian komunikasi telah disekat oleh kerajaan Mesir, tak kurang bebannya dengan peningkatan harga makanan yang naik mendadak dengan sumber kewangan yang terhad, rakyat kita juga tidak terlepas daripada risiko untuk menjadi sasaran penjenayah yang kini bebas bermaharajalela apabila sebahagian penjara telah musnah sistem kawalannya. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah, Cadangan Kerajaan Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di samping usaha pengembelengan tenaga daripada syarikat penerbangan domestik Malaysian Airlines (MAS) dan Air Asia untuk sama-sama membantu operasi pemindahan ini, melalui jalan laut dengan penghantaran Kapal Bunga Mas 5, diterajui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), usaha-usaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia sedang giat dijalankan. Semoga Allah melindungi semua rakyat Malaysia di sana agar dapat pulang dengan selamat menemui keluarga tercinta. Bersama-samalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam lindungan lembayung Ar Rahman dengan kita berikhtiar mengadakan solat hajat secara berjemaah bukan sahaja di Masjid-masjid seluruh negara bahkan di Surau-surau kecil di kampung-kampung malah secara berjemaah di rumah-rumah atau secara berseorangan. Apapun, hikmah daripada kejadian ini, kita semua rakyat Malaysia menjadi lebih peka dan bersatu padu dan yang paling penting KECINTAAN KITA KEPADA NEGARA KIAN BERTAMBAH! BERSAMALAH KITA KEKALKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN INI...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
BalasPadamPertama skali tahniah buat penghulu2 daerah marang kerana telah berjaya menghasilkan blog ini...Dengan blog ini maklumat dapat disampaikan dengan efisien dan cepat serta mampu membantu masyarakat menyalurkan permasalahan atau pendapat..Alhamdulillah..Mudah2an dapat dikekalkan dan penghulu2 dapat bekerja dengan lebih telus dan cekap..Insyaallah.
Saya tertarik dengan isu atau krisis yang berlaku di Mesir..Semua yang berlaku telah menggugat ekonomi negara.Namun kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman dan makmur sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti di negara2 luar seperti Mesir, Palestin, Afghanistan,...Dunia sekarang telah tua...Pelbagai perkara berlaku...Kes jenayah, bencana banjir, perubahan cuaca,peperangan, rusuhan....Fikir2kanlah..Sama2lah kita berdoa semoga Allahswt memberi kekuatan kepada umat islam seluiruh dunia dan semoga negara kita sentiasa dilindungi oleh-NYA..Dan moga Allah sentiasa memberikan kita taufik hidayah, kekuatan iman agar kita tidak sesekali terjerumus ke lembah yang tidak diingini...Nauzubillahi min zaalik...
Wallahuallam...
Semoga rakyat Malaysia selamat walau berada di mana sahaja. Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas tindakan segera yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada di Mesir.
BalasPadam