Halaman Rasmi Penghulu Daerah Marang ini dihasilkan bagi membolehkan masyarakat dalam daerah ini mengenali penghulu mukim secara langsung sebagai memenuhi slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.
18 April 2011
PROGRAM LATIHAN KESEDARAN KESELAMATAN BENCANA
Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat tentang peri pentingnya kesedaran mengenai keselamatan dan bencana, satu program anjuran bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang bersama Pejabat Daerah Marang telah diadakan pada 8 April 2011 yang lalu bertempat di Sek. Keb. Kubu, Marang bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Pogram yang diserikan lagi dengan cabutan bertuah itu merupakan satu langkah dan usaha bagi memperkenalkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang kepada masyarakat setempat selain mengadakan promosi untuk pemilihan ahli baru. Turut hadir pada program ini adalah Siti Roslina binti Ngah selaku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah Marang dan Pegawai Daerah Marang serta Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Turut kelihatan Pegawai JPAM Negeri dan Daerah serta anggota-anggota JPAM yang bersemangat waja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan