28 Jun 2011






22-25 jun 2011 telah berlangsung sukan antara pejabat daerah dan tanah negeri terengganu, PDT K terengganu telah menjadi tuan rumah dan venue nya adalah di UMT, terdapat 14 acara yang dipertandingkan termasuklah paintball, bowling, lown ball n yang paling hangt karaoke..untuk SUDATA kali ini PDT marang telah muncul naib johan n johan keseluruhan ialah ktrganu..apepun hadiohnye selain untuk kesihatan badan n riadah, sukan dapt mengeratkan silaturahim antara kite disamping memupuk perpaduan yang erat antara pasukan....jumpe mung di marang pulok tahun depang

18 Jun 2011

PERTUKARAN PENGHULU DAERAH MARANG


Asslamualaikum....pengasas blog HALAMAN RASMI PENGHULU-PENGHULU DAERAH MARANG iaitu Penghulu Mukim Merchang, Penghulu Ahmad Asmadi bin Mohd Nor @ Mat (tOk NguLu MaDie) telah ditukarkan ke Mukim Abang, Dungun, Terengganu bermula 2 Mei 2011. Di kesempatan ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Marang serta sekalian rakyat jelata dalam DAERAH MARANG sekiranya terdapat salah dan silap selama bertugas di sana..segala kenangan akan terpahat di memori. walau bagaimanapun, silaturrahim jangan diputuskan..saya juga bersedia membantu jika khidmat diperlukan..Salam kemaafan juga daripada bekas Penghulu Mukim Rusila iaitu Haji Mohamad bin Che Abd. Rahman (gambar bawah) yang turut sama ditukarkan ke Mukim Nerus, Kuala Terengganu kepada seluruh WARGA MARANG.


PANJANG UMUR, KITA SEMUA JUMPA LAGI!

DAHAN NAN RAPUH, TEMPAT BERPAUT,
HATI KAMA, RESAH NAN SYAHDU
ANDAI ADA KASIH SELAUT
HADIRLAH SINAR DATANG BERTANDU

18 April 2011

BENGKEL PENGUKUHAN INSTITUSI PENGHULU NEGERI TERENGGANU

Antara penghulu-penghulu yang hadir dan sempat dirakamkan lensa kamera sedang khusyuk dan bersungguh-sungguh mengikuti bengkel kali ini. Semangat seperti inilah yang telah ditekankan oleh Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia yang sentiasa tersemat kukuh di sanubari setiap penghulu untuk diteladani.

Bengkel Pengukuhan Institusi Penghulu Negeri Terengganu ini diadakan pada 14 April 2011 hingga 16 April 2011 bertempat di Residence Resort, Paka, Terengganu.

Orang penting yang merencanakan bengkel kali ini En. Adnan bin Abdullah dan Encik Azhar bin Jusoh selaku wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sedang memberikan ucapan. Turut kelihatan, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Marang Hj. Khalid bin Salleh.

PROGRAM LATIHAN KESEDARAN KESELAMATAN BENCANA

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat tentang peri pentingnya kesedaran mengenai keselamatan dan bencana, satu program anjuran bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang bersama Pejabat Daerah Marang telah diadakan pada 8 April 2011 yang lalu bertempat di Sek. Keb. Kubu, Marang bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Pogram yang diserikan lagi dengan cabutan bertuah itu merupakan satu langkah dan usaha bagi memperkenalkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Marang kepada masyarakat setempat selain mengadakan promosi untuk pemilihan ahli baru. Turut hadir pada program ini adalah Siti Roslina binti Ngah selaku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah Marang dan  Pegawai Daerah Marang serta Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Turut kelihatan Pegawai JPAM Negeri dan Daerah serta anggota-anggota JPAM yang bersemangat waja.

06 April 2011

PERSIJILAN MS ISO 9001:2008 PEJABAT DAERAH MARANG



Pejabat Daerah Marang sedang berusaha keras untuk mendapatkan MS ISO 9001:2008 untuk meningkatkan lagi tahap kualiti bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sehubungan itu, pada 4 April yang lalu, panel penilai dari SIRIM telah hadir untuk audit kali pertama bagi memastikan tahap kualiti yang dikehendaki dapat dicapai untuk membolehkan Pejabat Daerah Marang memiliki sijil MS ISO 9001:2008. 

03 April 2011

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 1432H/2011



Pakat ramai-ramai memeriahkan MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 1432H/2011 yang akan berlangsung pada 20 April 2011 bertempat di Masjid Bukit Payong (Pekan). Selepas solat maghrib dan isyak, kita dengar pula alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga memberatkan amalan kita apabila menghadiri majlis ilmu dan meningkatkan syiar agama ini. Insya-Allah.

03 Februari 2011

KESUKARAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

PENGHULU PRIHATIN

Assalamualaikum. Kepada semua pelawat Halaman Rasmi Penghulu-Penghulu Daerah Marang, cuba kita lihat betapa sukarnya rakyat kita menghadapi krisis, dan juga dilema kerana terperangkap di Mesir yang kian parah situasinya dari semasa ke semasa. Dengan kesukaran untuk berhubung apabila kebanyakan talian komunikasi telah disekat oleh kerajaan Mesir, tak kurang bebannya dengan peningkatan harga makanan yang naik mendadak dengan sumber kewangan yang terhad, rakyat kita juga tidak terlepas daripada risiko untuk menjadi sasaran penjenayah yang kini bebas bermaharajalela apabila sebahagian penjara telah musnah sistem kawalannya. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah, Cadangan Kerajaan Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di samping usaha pengembelengan tenaga daripada syarikat penerbangan domestik Malaysian Airlines (MAS) dan Air Asia untuk sama-sama membantu operasi pemindahan ini, melalui jalan laut dengan penghantaran Kapal Bunga Mas 5, diterajui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), usaha-usaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia sedang giat dijalankan. Semoga Allah melindungi semua rakyat Malaysia di sana agar dapat pulang dengan selamat menemui keluarga tercinta. Bersama-samalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam lindungan lembayung Ar Rahman dengan kita berikhtiar mengadakan solat hajat secara berjemaah bukan sahaja di Masjid-masjid seluruh negara bahkan di Surau-surau kecil di kampung-kampung malah secara berjemaah di rumah-rumah atau secara berseorangan. Apapun, hikmah daripada kejadian ini, kita semua rakyat Malaysia menjadi lebih peka dan bersatu padu dan yang paling penting KECINTAAN KITA KEPADA NEGARA KIAN BERTAMBAH! BERSAMALAH KITA KEKALKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN INI...

02 Februari 2011

TANYA PENGHULU MUKIM ANDA!

 ACU TANYA TOK NGULU

Assalamualaikum.Ruangan tanya Penghulu Mukim Anda dihasilkan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat di peringkat daerah dan mukim khususnya bertanya apa-apa perkara berkaitan program atau majlis yang diadakan di peringkat daerah, bantuan yang ditawarkan Pejabat Daerah Marang, tuntutan elaun JKKK, dan lain-lain. Sebelum membuat pertanyaan, sila nyatakan maklumat lengkap anda seperti nama anda, alamat terkini anda, permasalahan yang anda hadapi, jawatan anda (jika JKKK),no.telefon untuk dihubungi jika ada dan nyatakan Penghulu Mukim mana yang ingin anda ajukan persoalan. Sila klik Ulasan untuk mula.Sekian, terima kasih.

26 Januari 2011

WACANA PEMBANGUNAN DAERAH 2010/MESYUARAT AGONG KPPSM TERENGGANU KALI KE 35


Y.A.B. Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad bin Said sedang memberikan ucapan seterusnya merasmikan Wacana Pembangunan Daerah 2010 Ke Arah Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan yangberlansung di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 13 Julai 2010 yang lalu



Penghulu-penghulu Mukim dari semua daerah dalam Negeri Terengganu yang hadir, khusyuk memberikan tumpuan semasa ucapan Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.


Barisan kepimpinan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dari kiri Haji Ismail bin Zainal (Presiden), Haji Zabli bin Abdul Ghani (Mantan Presiden), Haji Embong bin Mat Zin, dan Mohd Adnan bin Mohd Amin Setiausaha Kesatuan.

25 Januari 2011

TERPAHAT MEMORI DI MUKIM MERCHANG

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN
SEKITAR KEBERANGKATAN 
Y.A.M. TENGKU SERI TEMENGGONG RAJA  
TENGKU BAHARUDDIN 
IBNI AL-MARHUM 
SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SYAH
 PADA 4 DISEMBER 2010 (SABTU)
KE BALAI PENGHULU MUKIM MERCHANG
MARANG, TERENGGANU
 

Seorang penduduk tidak melepaskan peluang bersalaman 
dengan Y.A.M Tengku Seri Temenggong Raja 
semasa Majlis berlansung 


Y.A.M. Tengku Seri Temenggong Raja sedang menyampaikan sumbangan zakat kepada penduduk yang diraikan pada majlis yang penuh bersejarah dan buat julung kalinya di adakan di Mukim Merchang



18 Januari 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG


Kampung Alor Limbat menang lagi! Kali ini, Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang anjuran Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) pada 12 Oktober 2010 yang lepas. Hadiah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri DATUK SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK pada satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan ini telah menguatkan lagi semangat semua yang terlibat terutama JKKK Kg. Alor Limbat dalam mendapatkan keputusan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang sementara mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi

KITCHEN GARDEN


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Sawa mengabadikan kenangan selaku Naib Johan Pertandingan Kitchen Garden semasa mengambil hadiah sempena MAHA 2010 di Serdang, Selangor. Sesungguhnya, kejayaan yang diperoleh menjadi pemangkin dan azimat semangat untuk kejayaan yang mendatang  memandangkan JKKK Bukit Sawa merupakan salah satu finalis untuk pertandingan peringkat negeri dalam pertandingan kebersihan...,...............SYABAS!

15 Januari 2011

DOA PILIHAN BULAN INI


Mutiara Doa: Penghulu Istighfar.
"Ya Allah! Engkaulah tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan ku, sementara aku adalah hamba Engkau, dan aku setia dengan perjanjianku kepada engkau semampuku. Aku berlindung kepada Engkau dari apa saja keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui kepada Engkau akan nikmat yang Engkau beri kepadaku dan aku mengaka kepada Engkau akan dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau."

       Beberapa pengajaran doa:
  1. Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, no: 6306. Baginda bersabda: Penghulu (ketua segala) istighfar ialah anda berkata: “…(Sebagaimana doa istighfar di atas).” Baginda melanjutkan: “Sesiapa yang menyebutnya pada waktu pagi dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu petang, maka dia dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang menyebutnya pada waktu petang dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu waktu subuh (keesokan hari) maka dia dari kalangan ahli syurga.”
  2. Doa ini dimulakan dengan pengiktirafan kepada Allah sebagai Tuhan yang Esa yang telah mencipta kita. Seterusnya ia mengingatkan kita terhadap janji kita kepada Allah, bahawa kita ialah hamba-Nya dan hanya beribadah kepada-Nya. Setelah pengiktirafan dan ingatan ini, kita memohon agar dosa kita diampunkan.
  3. Doa ini dibaca sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Boleh juga dibaca selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.
                                                                                                        


SATU DAERAH SATU INDUSTRI


Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu Yang Berhormat Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera pada 23 November 2010 yang lepas ke Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). SDSI merupakan pentas dan medium utama masyarakat tempatan khususnya di setiap daerah memasarkan produk-produk baru hasil keluaran mereka di samping merebut peluang-peluang pasaran baru dengan peniaga-peniaga lain di seluruh negara amnya dan negeri khususnya terutama dalam menjalankan urusniaga dan perjanjian perniagaan yang lebih besar. SDSI begitu sinonim dengan penghulu kerana penghulu-penghulu mukim merupakan orang pertama yang melihat potensi-potensi yang ada di kalangan anak mukim untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

12 Januari 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI 2010

Meriah dan penuh dengan warna warni, sambutan aidilfitri tahun 2010/1431 yang lalu anjuran Pejabat Daerah Marang penuh bermakna. Selain menceriakan suasana, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim penuh keikhlasan. Gambar berdiri dari kiri, Penghulu Mukim Merchang En. Ahmad Asmadi bin Mohd Nor @ Mat, Penghulu Mukim Alor Limbat En. Mohd Nazir bin Mat Said, dan Penghulu Mukim Rusila Haji Mohamad bin Ab. Rahman dalam bilik utama Penghulu Mukim.

04 Januari 2011

SEKADAR RENUNGAN...


Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Kini tahun 2011 pula menjelma. Tercapaikah sudah azam yang lalu?Atau masih lagi dimasukkan dalam senarai menunggu 2011? Apapun, moga kejayaan milik kita jua nanti...
Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk bekerja dengan penuh ikhlas sebagai satu ibadah..kerana hanya itulah amal bekalan di hari perhitungan nanti.. Rezeki yang halal lagi baik akan menerbitkan benih yang baik dan secara langsung dapat menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti. Semoga kita menjadi lebih baik pada masa yang akan datang